SPIN TEKUN: Skim Pembiayaan Informal Hingga RM5,000 Untuk Usahawan
Dikemas kini 16 March 2021
Skim Pembiayaan Informal ( SPIN TEKUN ) adalah pembiayaan kepada usahawan yang tiada lagi Pendaftaran Perniagaan ( SSM ) atau lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Antara objektif Skim Pembiayaan Informal (SPIN) ini adalah untuk membantu usahawan yang baru memulakan perniagaan tanpa daftar perniagaan atau lesen perniagaan dalam kesukaran masa pandemik COVID-19.
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan dibawah skim ini ialah dari RM1,000 hingga RM5,000.
Berikut kami kongsikan maklumat lanjut tentang program ini khusus bagi usahawan yang berminat.
Skim Pembiayaan Informal ( SPIN ) adalah pembiayaan kepada usahawan yang tiada lagi Pendaftaran Perniagaan ( SSM ) atau lesen Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ).
Semua jenis perniagaan yang sah disisi undang-undang dan patuh syariah boleh dipohon melalui skim ini.
Antara kriteria bagi SPIN ialah warganegara Malaysia yang mempunyai bukti perniagaan selain premis mereka akan turut dikunjungi oleh wakil TEKUN Nasional sebelum mendapat kelulusan.
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan dibawah skim ini ialah dari RM1,000 hingga RM5,000. Kadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun.
Peserta boleh memuat turun Borang Permohonan Pembiayaan Informal (SPIN) TEKUN di bawah.
Kepada yang berminat boleh terus menghubungi pejabat TEKUN yang berhampiran atau mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan. Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja. (Tertakluk pada terma dan syarat)
Maklumat Lanjut Tentang Skim Pembiayaan Informal (SPIN) TEKUN
Maklumat lanjut tentang pembiayaan ini boleh didapati melalui laman web rasmi TEKUN Nasional di www.tekun.gov.my
Artikel asal: https://ecentral.my/spin-tekun/